Rumah Musafir Ilmu

Tutorial,Skripsi,Download Materi, dll

Selamat Tahun Baru Islam......

Maal Hijrah - Jom berfikir sejenak

Ini adalah artikel dari "saudara" yang berada di Malaysia,
Mari kita telaah, renungkan dan pahami bersama......

Cerita pasal trafik blog nanti aku continue. Untuk post kali ni, aku nak cita pasal maal Hijrah. Topik tentang Maal Hijrah, 1 Muharram 1433 ni pun telah menjadi viral di Facebook aku, nasib baik kawan-kawan aku ingatkan pasal Maal Hijrah ni, kalo tak, aku pun lupa kut :p Khutbah jumaat pun ada menyentuh pasal ni, time tu la tetiba terlintas difikiran aku tentang satu perkara bila khatib tu cakap, hijrah=pengorbanan.

Mungkin topik ni boring bagi sesetengah orang, tapi aku ada benda penting yang aku nak cerita dan memang ramai antara kita yang terlepas pandang. Benda yang kita tahu tapi kita abaikan, ada ilmu tapi tak amalkan, benda yang kita hafaz tapi kita tak hadam.




Rasulullah dan sahabat behijrah meninggal segala harta seperti rumah, kebun, dan ahli keluarga semata-mata nak berhijrah kerana Allah. Usaha mengumpul harta selama bertahun-tahun tapi ditinggalkan. Korang boleh? Mesti korang pikir korang boleh, tapi sebenarnya tak. Bekorban purely for Allah seperti juga yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Menolak segala kepentingan diri, keselesaan diri kerana Allah.

Biar aku bagi contoh yang nyata, kenapa aku cakap korang tak mampu melakukan pengorbanan seperti mereka. Korang ada kereta? Ada rumah? or maybe korang student, dah bpikir-pikir nak beli kereta? mesti ada pinjam bank kan, takkan lah beli cash melainkan ko memang anak orang kaya.

Bank ada interest=riba'=haram


"...Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka KEKAL di dalamnya. (Al-Baqarah 2:275)"

So, sanggup tak korang tinggalkan segala apa yang korang pinjam dengan bank tu. Jual rumah, kereta dan lain-lain untuk hijrah semata-mata kerana Allah? Meninggalkan riba' yang memang sah-sah haram sama taraf haramnya dengan arak dan zina? Aku tak rasa ramai yang mampu sebab kalo tengok sekeliling kita, suma mengambil riba'. Kita dok kutuk fasha sandha berbikini tapi diri sendiri pun sebenarnya melakukan perkara terkutuk.

Riba' benda yang haram tapi kita tak endahkan. Yang kita ada ilmu tentang pengharamannya tapi kita tidak mengamalkan untuk meninggalkan yang haram tu. Yang kita hafaz tentang haramya riba' tapi kita tak memamahami dan menerima pengharamannya.

Riba' dari pandangan mata kasar memang macam takde sebarang keburukan tapi sebenarnya, sistem riba' la yang menjadi punca kepada inflasi. Bila harga makanan naik, kita tunding jari pada pemerintah, pada penjual tapi masalah sebnarnya bukan datang dari diorang tapi dari sistem yang kita guna pakai sendiri. Kita pikir harga makanan naik tapi yang sebenarnya nilai wang kita yang menurun. Riba' boleh menyebabkan krisis ekonomi seperti yang berlaku di US dan Eropah. Banyak keburukan lg but yet, kita still ambik benda haram tu.

Kita diperbodoh-bodohkan tapi kita tak sedar. Rasa hidup semulia-mulia umat padahal kitalah yang paling hina.

So, kembali semula pada persoalan asal. Mampukah kita untuk berhijrah dan berkorban seperti yang dilakukan Rasulullah S.A.W dan sahabat? Mampukah kita? Kuatkah kita? Terdayakah kita?

Korang pikirlah sendiri. Aku hanya menyampaikan apa yang aku tahu, tapi mungkin korang berbeza pendapat. Kaji dan terus mengkaji, semoga kita tergolong dikalangan orang-orang yang telah dikurniakan nikmat, sedangkan kita bukan dari kalangan orang-orang yang dimurkai-Nya dan bukanlah pula kita dari kalangan orang-orang yang sesat.. Amin..

Sorry la, topik kali ni macam berat sikit, tapi aku terpanggil nak buat post pasal ni. Anyway, selamat menyambut tahun baru yang ke 1433 :)
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Selamat Tahun Baru Islam......"

TINGGALKAN KOMENTAR DISINI

PROVIDER HOSTING

PROVIDER HOSTING
Penyedia Layanan Hosting, Domain, Reseller Hosting Professional
 
Support By Pringsewu Host
Back To Top